Loading...

SINOPSIS DRAMA SI CENONET
Drama ini menceritakan kisah seekor burung kakak tua, Si Cenonet yang baru dilepaskan ke hutan oleh tuannya. Si Cenonet berkongsi hobi yang sama dengan tuannya iaitu menyanyi. Kini, Si Cenonet tinggal di sebuah perkampungan indah yang dinamakan Kampung Kayangan. Banyak haiwan lain seperti Sang Kancil dan Sang Arnab cuba mendekati Si Cenonet untuk berkawan tetapi Si Cenonet mengelak daripada mereka. Hal ini demikian kerana Si Cenonet merasakan bahawa haiwan lain pasti tidak akan dapat menerima dirinya yang mempunyai hobi menyanyi. Oleh itu, Si Cenonet lebih memilih untuk hidup bersendirian supaya dirinya boleh terbang bebas untuk menyanyi sesuka hatinya.
Pada suatu hari, sekumpulan burung gagak yang terkenal dengan keangkuhannya sedang bermain-main di tepi sungai. Kumpulan burung gagak tersebut diketuai oleh Si Melon. Ketika Si Melon sedang bermain-main dengan gagak yang lain, tiba-tiba, dia terdengar perbualan Sang Kura-Kura dan Sang Kancil yang sedang memuji kecantikan Si Cenonet. Timbul rasa cemburu yang membuak-buak dalam hati Si Melon. Si Melon tidak berpuas hati dengan pujian yang diberikan kepada Si Cenonet kerana baginya, kumpulan gagak adalah burung paling cantik di Kampung Kayangan. Si Melon dengan angkuhnya bergerak mendekati Sang Kura-kura dan Sang Kancil lalu memarahi mereka kerana memuji Si Burung Kakak Tua itu berlebih-lebihan. Sang Kancil dan Sang Kura-kura hanya berdiam diri sahaja lalu perlahan-lahan meninggalkan sungai itu.

Sang Gagak yang iri hati dengan Si Cenonet membuat perancangan bersama kawan-kawannya yang lain untuk mencari kelemahan si burung kakak tua. Si Melon mengarahkan kawan-kawannya mengikuti Si Cenonet ke mana sahaja dia pergi. Selepas Si Melon mengetahui bahawa Si Cenonet mempunyai suara sumbang dan suka menyanyi di hujung sungai, dia mengumpulkan semua haiwan di Kampung Kayangan untuk pergi bersama-samanya ke hujung sungai itu. Si Melon yakin dengan cara tersebut dia akan berjaya membuat Si Cenonet mendapat malu di hadapan haiwan lain. Sewaktu Si Cenonet sedang asyik menyanyikan lagu kegemarannya, dia terdengar suara Sang Gagak ketawa terbahak-bahak. Si Cenonet terkejut dan berasa sangat malu sehingga dia menangis kerana tidak sangka perbuatannya itu ditonton oleh haiwan lain. Si Melon tersenyum bahagia kerana merasakan misinya untuk mempermalukan Si Cenonet berjaya.
Dalam suasana menyedihkan hati Si Cenonet itu, Sang Kancil dengan beraninya mempertahankan Si Cenonet. Akhirnya, Si Melon meminta maaf di atas perbuatannya kepada Si Cenonet.

Watak dan Perwatakan
Si Cenonet
Si Cenonet merupakan seekor burung kakak tua yang cantik namun kurang keyakinan diri kerana mempunyai suara yang sumbang sedangkan dia mempunyai hobi menyanyi. Oleh itu, dia sukar untuk bergaul dengan haiwan lain. Dia dilepaskan di sebuah hutan kerana tuannya ingin berpindah ke Kuala Lumpur. Dia dicemburui oleh kumpulan Gagak kerana memiliki penampilan yang menarik.
Si Melon
Si Melon, ketua kumpulan burung gagak berperwatakan angkuh, sombong dan suka merendahkan haiwan lain. Si Melon sangat bencikan Si Cenonet sehingga membuat perancangan untuk menjatuhkan Si Cenonet.
Sang Kancil
Sang Kancil sangat bijak, peramah dan baik hati. Sang Kancil membantu Si Cenonet semasa Si Cenonet dalam kesusahan.
Watak lain :
- Sheryl
- Ayah Sheryl
- Sang Arnab
- Sang Kura-kura
- Nero
- Elis
- Si Monyet
- Si Tupai

BABAK 1

Sedang Sheryl duduk bersendirian menyanyi di dalam bilik....
SELINGAN : MUZIK INSTRUMENTAL
Sheryl : (Nyanyi) Dalam sendirian,
Diriku terbayang,
Sepinya hati tanpa kamu di sisi,
Terbiasa ku denganmu.
Si Cenonet : (Nyanyi) La...la...la...
Sheryl : (Merenung Si Cenonet di dalam sangkar) Aduhai, sedihnya hati nak lepaskan kau Cenonet.
Si Cenonet : Sedih...sedih...sedih.
Sheryl : Cenonet.... tak lama lagi kau akan tinggal di tempat baru. Aku harap kau gembira nanti. Semoga kita bertemu di syurga.
(Bunyi pintu diketuk) Tuk... tuk... tuk...
Ayah Sheryl : Dah siap?
Sheryl : Sheryl dah siap... tapi berat hati nak lepaskan Cenonet sebab dah setahun Sheryl dengan dia. Ayah... tak boleh ke bawa Cenonet ikut kita pindah ke Kuala Lumpur ?
Ayah Sheryl : Sheryl, kita kan dah bincang hal ini sebelumnya. Jangan risau, Si Cenonet mesti gembira dapat hidup bebas di hutan nanti.
Sheryl : Baiklah ayah. (Kembali merenung Si Cenonet di dalam sangkar)
Ayah Sheryl : Jom, kita pergi sekarang !

Setelah sampai di hutan.
SELINGAN : MUZIK LATAR SEDIH
Sheryl : (Bisik) Terima kasih sudi jadi kawan aku Cenonet. Aku sayang kau.
Si Cenonet : Sayang. Sayang.
Sheryl membuka pintu sangkar perlahan-lahan. Si Cenonet keluar daripada sangkar dan terbang duduk di bawah pokok. Sheryl dan ayahnya masuk ke dalam kereta dan melambai tangan ke arah Si Cenonet sebelum beredar dari situ.