Book Creator

Bahasa Melayu Tahun 3

by PDPPBM10621 NUR INSYIRAH BINTI JAAFAR

Pages 2 and 3 of 20

Bahasa Melayu
Tahun 3
Tatabahasa
Cikgu Insyirah
Loading...
Prakata
Loading...
" Mengapa memilih hitam jika punya pilihan warna,
Mengapa memilih gagal sebelum sempat berusaha,
Anda penentu warna itu,
lalu memegang dan mencorak,
Semua bermula dengan langkah pertama"
~ Cikgu Insyirah~
Loading...
Loading...
Buku ini mengandungi nota, latihan, panduan kepada guru, murid dan ibu bapa bagi tujuan pemantapan latihan penguasaan dalam Bahasa Melayu semasa dalam tempoh Pandemik Covid 19.

Murid akan dapat mempelajari dan menguasai aspek tatabahasa seperti Kata Nama Khas, Kata Nama Am , Kata Ganda, Ayat Majmuk.

Diharapkan penghasilan buku ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak .
Loading...
Topik-topik yang disediakan

1. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara,
atau konsep yang umum sifatnya.
2. Ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada awal ayat. 
Kata Nama Am
Latihan Kata Nama Am
Isikan tempat kosong di bawah dengan tepat
Jom Tonton Bersama :)
Tahun 3 | Bahasa Melayu | Tatabahasa: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas. (2019, September 24). [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=73ml6-9DoB4
Kata Nama Khas
1. Digunakan untuk menyatakan nama orang, binatang, tempat dan benda secara khas.
2. Ditulis menggunakan huruf besar.
Latihan Kata Nama Khas
Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Encik Kumar sedang mencuci kereta baharunya bersama anaknya di halaman rumah.
2. Adik saya baru berpindah tempat kerjanya dari Putrajaya ke Sabah .
3. Ibu membeli sepasang baju jenama Padini untuk saya.
4. Binatang kesayangan saya bernama Si Tompok dan Si Melon.
5. Makanan di Restoran Rozaimin sungguh sedap.
PrevNext